suria

AC Milan digantung beraksi Liga Europa

AC Milan memenangi 29 trofi semasa diterajui Berlusconi.

KELAB gergasi AC Milan digantung daripada beraksi di pentas Liga Europa selepas melanggar peraturan Fair Play Kewangan (FFP).

Milan mara ke peringkat kumpulan kejohanan tersebut selepas menamatkan saingan Serie A di tangga keenam.

Kelab tersebut berkata mereka akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan.

Sebelum keputusan itu, Milan memuatnaik video di Twitter menegaskan mereka mengharapkan "keputusan yang adil berdasarkan fakta dan peraturan sama rata untuk semua" dari UEFA.

Malah Milan dalam satu kenyataan berkata mereka bersedia menerima hukuman atas kesalahan pada masa lampau tetapi mengharapkan kesamarataan.

"AC Milan mengarahkan pasukan perundangan untuk merayu keputusan bagi mendapatkan semakan segera terhadap perkara itu," demikian menurut kenyataan itu.

Kelab tersebut dimiliki bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi dari 1986 sebelum dijual kepada konsortium China bernilai 648 juta pound sterling pada April 2017.

Milan kemudiannya membelanjakan sekitar 200 juta pound sterling pada musim panas lalu dengan membawa masuk Leonardo Bonucci dari Juventus dan pemain FC Porto, Andre Silva.

AC Milan, Liga Europa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain