suria

Hentikan spekulasi, Real tak bida Neymar

REAL Madrid mengeluarkan kenyataan media kedua menafikan kelab tersebut berminat membawa masuk Neymar ke Santiago Bernabeu pada musim panas ini.

Spekulasi perpindahan Neymar ke kelab gergasi Sepanyol itu semakin bertiup kencang sejak akhir-akhir ini dan memaksa Real mengeluarkan kenyataan sama pada awal bulan ini.

Dakwaan bahawa Real sedia mengemukakan bidaan bernilai 275 juta pound sterling dinafikan Los Blancos tetapi khabar angin itu masih lagi bertiup kencang.

Neymar merupakan pemain Paris Saint-Germain (PSG) dan Real menafikan dakwaan kelab itu mendekatinya tanpa persetujuan juara Ligue 1 itu.

"Susulan laporan berterusan mengaitkan Neymar Jr dari PSG ke kelab kami, Real Madrid C.F. ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat melakukan apa-apa tawaran terhadap pemain itu.

"Kedua-dua kelab menikmati hubungan baik dan jika Real Madrid mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat pemain PSG, kami akan berhubung dengan kelab terlebih dahulu," demikian menurut kenyataan media tersebut.

Neymar meninggalkan Barcelona pada musim panas lalu dan menyertai PSG dengan rekod perpindahan dunia.

Stesen TV Sepanyol, TVE mendakwa Real menawarkan kontrak selama tujuh tahun kepada Neymar tetapi ia telah dinafikan kelab gergasi Sepanyol itu.

Neymar, Real Madrid

Artikel Sebelum

JDT terus gah

Artikel Berikut

Artikel Lain