suria

Ronaldo tiba di Turin masa final Piala Dunia, elak bertembung wartawan

CRISTIANO RONALDO sudah berada di Turin dan menikmati makan malam bersama barisan pengarah Juventus dan ejen Jorge Mendes sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan pada Isnin.

Bagi mengelak bertembung dengan orang awam dan wartawan, Ronaldo mendarat di lapangan terbang Turin Caselle dengan menaiki jet peribadi ketika perlawanan akhir Piala Dunia , Ahad malam.

Pemain itu ditemani ibunya, Maria Dolores dan teman wanita, Georgina Rodriguez serta anak sulungnya, Cristiano Junior.

Mereka kemudian menuju ke La Mandria, lokasi di mana penyerang Portugal itu menginap pada Ahad.

La Mandria adalah sebuah taman yang besar dan terdapat kawasan yang ditutup kepada orang awam dan hanya dikhaskan untuk penduduk.

Beberapa laporan mula meneka ikon Real Madrid itu memilih untuk tinggal di salah sebuah kediaman mewah dengan pemandangan taman.

Sebahagian daripada kawasan itu adalah padang golf dan penyarung jersi angka 7 itu menikmati makan malam di restoran kelab golf pada petang Ahad bersama Mendes, pengurus besar Itali Beppe Marotta, pengarah sukan Fabio Paratici dan naib presiden Pavel Nedved.

Bintang berusia 33 tahun itu akan mengadakan sidang media pada pukul 6.30 petang waktu tempatan, sebaik Ronaldo melepasi ujian kesihatannya pada sebelah pagi. - Football Espana

Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain