suria

Selamat Tinggal Kedah!

PETALING JAYA: Pablo Pallares akhirnya mengikut jejak langkah bekas ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote meninggalkan skuad itu.

Penyerang kelahiran Sepanyol itu mencapai persetujuan bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk menamatkan kontrak lebih awal.

Pallares yang tiba di Alor Setar awal musim menjadi subjek utama kritikan penyokong-penyokong Hijau Kuning kerana gagal mencari rentak permainan memuaskan.

"Hari ini merupakan hari yang sedih buat saya kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal dan berakhirnya tempoh saya sebagai pemain Kedah.

"Saya berterima kasih kepada kelab ini yang melayan saya dan isteri dengan baik sejak tiba di sini.

"Walaupun tidak terjadi seperti yang diharapkan, saya tetap gembira kerana telah memberi segalanya kepada kelab, usaha harian secara profesional.

"Saya berharap Kedah FA dan semua yang terlibat akan mencapai impian kerana anda sememangnya layak.

"Saya turut berasa bangga berada di sini, memakai jersi kelab dan paling istimewa saya menemui orang hebat di sini.

"Saya tahu selepas ini apabila anda mendengar 'Cabrones' anda akan ingat saya," jelasnya dalam di laman Facebook rasmi KFA pada Khamis.

Pallares, 31, dari kelab Sociedad Deportiva Ponferradina itu dibawa masuk oleh Marcote awal musim ini bagi mengetuai jentera serangan Kedah.

Bagaimanapun, aksinya sentiasa dikritik selepas gagal menunjukkan penyudah berbisa.

Pabli Pallares, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tip lumayan dari Ronaldo

Artikel Lain