suria

Warna kuning kembali ke Stamford Bridge

WARNA kuning kembali dalam skuad Chelsea sebagai kit kedua untuk dipakai di laman lawan.

Skuad bimbingan pengurus baharu Maurizio Sarri itu kembali menyarung warna kuning selepas musim 2014-15 yang ketika itu mereka menjulang trofi juara di bawah pengurusan Jose Mourinho.

The Blues memperkenalkan kit terbaharu itu pada Jumaat dengan menyaksikan bintang utama Belgium, Eden Hazard termasuk dalam kempen ini biarpun masa depannya di Stamford Bridge masih menjadi tanda tanya.

Musim 2014-15 Chelsea merangkul juara Liga Perdana Inggeris

Hazard dilaporkan berminat untuk mencuba nasib bersama kelab Real Madrid.

Dengan slogan 'yellow is back', penyokong setia Chelsea boleh mendapatkan jersi tersebut dengan harga 90 pound (RM478) sehelai.


Chelsea, kit, tempat lawan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain