OLIVIER Giroud menepati janji apabila mencukur rambutnya susulan kemenangan Perancis pada temasya Piala Dunia 2018 baru-baru ini. Sebelum saingan empat tahun sekali itu bermula, beberapa pemain Perancis memutuskan untuk melakukan sesuatu jika berjaya membawa pulang piala yang menjadi rebutan itu. Giroud dan Fekir bersetuju untuk mencukur rambut mereka, manakala pemain pertengahan Juventus, Blaise Matuidi pula memutuskan untuk berbasikal dari Paris ke Turin. "Saya akan lakukannya selepas pembaptisan anak lelaki pada Ahad, malahan isteri saya juga mahu ikut serta," kata Giroud. Turut bersama Giroud adalah penyerang Chelsea, Hugo Lloris. Ketika ini, Giroud dalam tempoh bercuti selama dua minggu menjelang persiapan musim depan Chelsea bersama Mourizio Sarri. Sebelum ini, pemain Chelsea melalui penerbangan 15 jam ke Australia untuk bersaing perlawanan pertama menentang Perth Glory.-Metro.uk.co