PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mendedahkan senarai akhir nama Jurulatih Lelaki Terbaik 2018. Sebelas nama dicalon berdasarkan taktik dan pencapaian yang terbaik ketika mengendali pasukan dalam aksi domestik musim lalu, termasuk pengurus yang membawa skuad di peringkat Piala Dunia tahun ini. Pep Guardiola Antara calon-calon yang tersenarai adalah Massimiliano Allegri (Juventus), Stanislav Cherchesov (Rusia), Zlatko Dalic (Croatia), Zinedine Zidane (Real Madrid), Dideir Deschamps (Perancis), Jurgen Klopp (Liverpool), Pep Guardiola (Man City), Roberto Martinez (Belgium), Diego Simone (Atletico Madrid) , Gareth Southgate (England) dan Ernesto Valverde (Barcelona).