DAVID Luiz melupakan hasratnya untuk meninggalkan Chelsea dan memilih kekal untuk jangka masa panting di Stamford Bridge selepas ketibaan Maurizio Sarri. Pemain Brazil itu sering disisihkan bekas pengurus Chelsea, Antonio Conte pada kempen musim lalu. Susulan itu, dia memutuskan untuk angkat kaki jika Conte terus kekal mengemudi pasukan itu. Luiz dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dan pulang semula ke Benfica sebelum pemergian Conte. Namun ketibaan Sarri meyakinkan dia untuk terus memperkuat kelab gergasi England itu. “Saya datang semula ke Chelsea untuk kekal lama di sini. “Apabila saya buat keputusan untuk datang ke sini dari Paris, ia adalah memenangi Liga Perdana Inggeris dan melakukan sesuatu bersama Chelsea. “Saya gembira berada di sini. Saya ada banyak masa menjaga diri sendiri musim lalu. Saya kini 100 peratus cergas,” katanya.