suria

Tak nak jual Maguire kat Man United tapi...

Harry Maguire. Foto Reuters

LEICESTER kekal dengan keputusan bahawa Harry Maguire tidak akan dijual sebelum tarikh akhir meskipun mereka berusaha untuk mendapatkan pemain pertahanan yang baharu.

Pengurus kelab, Claude Puel berusaha untuk mendapatkan pemain pertahanan skuad kebangsaan Turki, Caglar Soyuncu dari Freiburg dengan perjanjian £20 juta, manakala Benkovic dari Dynamo Zagreb berada di Leicester minggu ini untuk mengadakan perundingan bernilai £13.5 juta.

Namun walaupun kedua-dua perjanjian itu dimuktamadkan, Manchester United akan kecewa dan hanya 'gigit jari' untuk mendapatkan Maguire, yang bersedia untuk kekal di kelab itu.

Maguire, 25, kembali menjalani latihan dengan Leicester dari bercuti selepas Piala Dunia, dan Manchester United juga mempertimbangkan Jerome Boateng dan Toby Alderweireld.

Walaupun pemilik Leicester di bawah tekanan masalah kewangan untuk menjual, tetapi sebaliknya dalam perbincangan dengan Maguire menerusi kontrak baharu yang mungkin akan melihat gajinya naik dari kira-kira £45,000 kepada £75,000 seminggu. - Mail Online UK

Harry Maguire

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain