PEP Guardiola meradang dengan keputusan permit kerja Douglas Luiz yang ditolak. Pemain tengah Brazil yang berusia 20 tahun itu menyertai Manchester City dengan nilai perpindahan 10.7 juta pound dari Vasco Da Gama musim lalu sekali lagi akan beraksi di luar secara pinjaman. Guardiola memberitahu, dia boleh mencari pemain lain jika keputusan permit itu diketahui lebih awal sebelum jendela perpindahan ditutup pada Khamis. "Saya lebih suka kalau keputusan tidak diumumkan semalam. Jika bertegas bahawa peraturan tetap peraturan, lebih baik memberitahu saya 15 hari sebelum dan kami mungkin tahu apa yang boleh diputuskan. "Tetapi mereka hanya memberitahu sehari sebelum ini bahawa dia tidak boleh bermain kerana...saya tidak tahu. "Sukar untuk saya faham. Pengurus Brazil (tite) dan saya lebih tahu daripada pihak yang memutuskan dia tidak boleh bermain. "Ia sangat bodoh untuk mengatakan dia tidak mahu bermain," ujar Mourinho.