suria

Anak Ronaldinho sorok identiti, mahu cuba bakat sendiri

Ronaldinho

ANAK lelaki Ronaldinho cuba menyembunyikan identitinya ketika mneyertai ujian percubaan bersama sebuah kelab Brazil, Cruzerio.

Anak kepada legenda bola sepak dunia itu, Joao Mendes berusia 13 tahun namun telah berjaya mencuri tumpuan dengan kemahirannya pada usia remaja.

Dia menjalani percubaan bersama Paris Saint-Germain (PSG), salah sebuah kelab yang pernah disertai bapanya sebelum dia mencuba nasib di Cruzeiro.

Menurut laporan Globoesporte, Mendes mahu menggunkan bakatnya sendiri berbanding terpilih kerana nama bapanya.


Tambah laporan tersebut, Mendes merupakan seroang remaja yang berbakat sepanjang ujian percubaan bersama kelab, namun dia terlalu muda untuk menandatangani sebarang kontrak.

Mendes merupakan anak kepada Janaina Nattielle Mendes, bekas seorang penari yang berkahwin dengan Ronaldinho di Barcelona pada tahun 2004.

Bagaimana pun perkahwinan mereka retak, hanya bertahan dua tahun sahaja.

Joao Mendes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PSG sah ikat Kehrer

Artikel Lain