RYAN Giggs akhirnya bersama kekasih rahsianya secara terbuka selepas lapan bulan bercerai. Bekas pemain bintang Manchester United itu dilihat bercuti di Itali bersama seorang wanita yang bekerja sebagai pegawai perhubungan eksekutif, Kate Greville,34. Wanita itu dikaitkan dengan Giggs,44, sebaik sahaja bercerai dengan Stacey Disember lalu. Menurut sumber kepada The Sun, pasangan itu kelihatan tenang dan bersahaja serta gembira. Giggs berhubung rapat dengan Kate setelah wanita itu bercerai tiga tahun lalu, selepas 18 bulan bekerja dengannya. Bekas suami wanita itu, Damian Burke menyalahkan Giggs sebagai punca perceraian mereka. Manakala Giggs membayar harga perceraian dengan Stacey sebanyak 40 juta pound selepas skandalnya dengan model Imogen Thomes dan isteri abangnya, Natasha tersebar. Mereka menjalin hubungan sulit selama lapan tahun.