PENJAGA gol Liverpool Loris Karius dijangka menyertai kelab Turki, Besiktas secara pinjaman selama dua tahun. Karius, 25, menyertai Liverpool dari Mainz 05 pada 2016 dengan yuran perpindahan bernilai 4.75 pound sterling. Namun kehadiran penjaga gol Alisson Becker dari Roma susulan kesilapan besar Karius pada aksi final Liga Juara-Juara yang menyaksikan Liverpool tewas di tangan Real Madrid mencetuskan teka-teki berhubung masa depannya di Anfield. Difahamkan Liverpool bersedia meminjamkan Karius selama dua tahun dengan pilihan dia boleh dibeli dengan bidaan 9.75 pound sterling. Beberapa laporan mendakwa perjanjian sudah dipersetujui tetapi Liverpool masih menunggu sehingga aksi menentang Crystal Palace pada Isnin sebelum perpindahan itu dimuktamadkan. The Reds juga telah memberikan potongan diskaun sebanyak 20 peratus bagi nilai bidaan itu sekiranya tawaran kontrak itu bersifat tetap.