suria

Klopp pertahan Ozil selepas kontroversi gambar dengan Erdogan

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp mempertahankan pemain Jerman, Mesut Ozil dengan berkata kritikan terhadap pemain tengah Arsenal yang bergambar dengan Presiden Turki Tayyip Erdogan adalah disebabkan oleh salah faham yang nyata dan mengarut.

Ozil turut dikecam di atas persembahannya dalam Piala Dunia 2018 di Rusia apabila juara bertahan itu tersungkur di peringkat kumpulan.

Bintang berusia 29 tahun tersebut kemudiannya bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas melalui isu perkauman dan sikap tidak hormat kerana dia berketurunan Turki.

"Ini adalah contoh salah faham yang nyata dan sudah tentu sangat mengarut.

"Dalam politik, perkara-perkara kecil selalu diperbesarkan dan perkara besar ditolak ke tepi.

"Biasanya, orang yang bijak akan berundur sebab bukan senang nak ucapkan perkara yang betul. Termasuklah saya.

"Mereka yang tidak tahu apa-apa yang suka memekak dalam perbualan," kata Klopp kepada TV Jerman, Sport1.

Ozil dan rakan senegaranya Ilkay Gundogan yang juga berketurunan Turki dan bergambar bersama Erdogan menjadi bahan ejekan penyokong Jerman dalam perlawanan panas badan sebelum Piala Dunia berlangsung.

"Saya ragu-ragu jika mereka setia dengan negara kita sendiri. Perbezaannya adalah mereka memiliki satu perkara (dalam warisan mereka)... ia adalah indah," kata Klopp yang menjadi jurulatih Gundogan di ketika pemain itu bersama Borussia Dortmund. - Eurosport

Jurgen Klopp, Mesut Ozil

Artikel Lain