suria

Ronaldo impikan Cristiano Jnr jadi pemain bola sepak... "dia seperti saya masa muda"

Ronaldo bersama anaknya, Cristiano Jnr. Foto Getty Images/Mail Online UK

CRISTIANO Ronaldo mengakui beliau mengimpikan untuk melihat anaknya, Cristiano Jnr, menjadi pemain bola sepak bila sudah besar.

Beliau bagaimanapun menegaskan tidak akan memaksa anaknya untuk melakukannya.

Kanak-kanak berusia lapan tahun itu dikesan menunjukkan beberapa kemahiran yang mengagumkan di Bernabeu, termasuk laman sosial Instagram ayahnya.

Menerusi paparan itu, dia menunjukkan keinginannya untuk menjadi seperti bapanya pada masa akan datang.

Ronaldo turut mendedahkan Cristiano Jnr telah menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti beliau masih kecil dan mempunyai peluang mengikuti jejaknya sekiranya anaknya itu mahu.

"(Cristiano Jr) sangat kompetitif, dia seperti saya semasa saya muda," kata bintang Juventus dalam wawancara bersama DAZN menerusi SportingNews.

"Dia tidak suka kekalahan dan dia akan menjadi seperti saya, saya yakin, 100 peratus.

"Saya suka mengajar dia mengenai beberapa perkara, tetapi dia akan menjadi apa sahaja yang dia mahu dan saya sentiasa akan menyokongnya.

"Tetapi sudah tentu saya mahu Cristiano menjadi pemain bola sepak, kerana saya fikir dia mempunyai semangar itu. Dia mempunyai badan yang baik, dia pantas, dia mempunyai kemahiran, dia boleh menendang dengan baik.

"Tetapi, seperti yang anda tahu, dia akan membuat keputusan dan dia sangat muda. Saya tidak akan memberi tekanan padanya, tetapi sudah tentu saya mengimpikan untuk melihat anak saya menjadi pemain bola sepak," kata Ronaldo. - Mail Online UK

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain