SEMASA Gerard Houllier dipecat oleh Liverpool pada 2004, dia menyalahkannya dengan bilangan legenda kelab itu mengkritik kerjanya di TV dan media cetak. "Anda mesti faham ada 28 bekas pemain Liverpool dan jurulatih yang bekerjasama dengan media," dia mengeluh. Begitu juga untuk Houllier, meskipun dia tidak mempunyai kaitan dengan Manchester United ketika ini. Bekas pemain Manchester United yang menjadi pengkritik bola sepak menerusi 'Class of 92', terutama Gary Neville dan Paul Scholes, membawa pengaruh besar dan menjadi individu penting dalam peperangan terkini melanda Old Trafford antara Jose Mourinho, Ed Woodward dan Paul Pogba. Satu hari, pembuat filem akan membuat drama pecah panggung 'Manchester United selepas Fergie', yang memaparkan plot mengenai wang, kuasa, persaingan dan pengkhianatan. Umum sudah pun mengetahui terdapat banyak watak utama; pengurus-pengurus pasukan, David Moyes, Louis van Gaal dan Jose Mourinho bergelut dalam bayang-bayang Sir Alex Ferguson, bintang Wayne Rooney dan Pogba, pemilik Glazer dan Woodward. Moyes dan Van Gaal dipecat oleh Manchester United selepas kritikan yang berterusan dari Class of 92, tetapi apa yang menarik buat kali ini ialah tembakan mereka ditujukan ke atas mereka di kedudukan lebih hebat, terutama Woodward dan ejen Pogba, Mino Raiola, bukan Mourinho. Walaupun mereka bukan sekutu secara semulajadi, tetapi mereka membantu untuk menyelamatkannya. Tidak membuat kesilapan, campur tangan Neville pada Isnin malam 24 jam selepas Machester United dimalukan denGan 2-3 di Brighton menjadi penyebab yang menjejaskannya. Mourinho mendapat kecaman hebat dalam kalangan penyokong di media sosial berhubung taktik yang lemah dan motivasi yang lebih teruk. Kemudian Neville secara dramatik mengaitkan Woodward sebagai sumber taklimat terhadap pelan pemindahan Mourinho - pelanggaran etika yang dirancang untuk memanaskan pengurus dan ke dalam pemilikan kelab, dan ia berhasil. Dari saat itu, Woodward tidak mempunyai pilihan selain mengembalikan pengurusnya daripada bertemu dengan Zinedine Zidane atau Antonio Conte. Terdapat cakap-cakap mengenai rancangan memprotes naib pengerusi eksekutif kelab itu, manakala Mourinho, untuk semua kesilapannya, akan menerima 'sambutan hebat' daripada peminat Manchester United sebelum pasukannya menentang Tottenham. - Mail Online UK