BAGI seorang yang disebut-sebut bakal menjadi bos baharu Manchester United, Mauricio Pochettinho berjaya mencapai kegemilangan di Old Trafford. Empat kunjungan Liga Perdana Inggeris, empat kekalahan dan tiada sebarang jaringan gol direkodkan di Theatre of Dreams sudah cukup mengecewakan buat bos Tottenham sebelum ini. Namun, segalanya berubah pada perlawanan malam Isnin apabila Pochettino meraih kemenangan pertamanya di Old Trafford. Ia sekaligus meningkatkan tekanan yang menghantui Mourinho. Jurulatih United itu terpaksa menerima kekalahan dua kali berturut-turut. Dalam kekalutan yang membelenggu Mourinho, Pochettinho kekal menjadi calon pengganti untuk mengemudi kelab tersebut walaupun mungkin agak sukar untuk mendapatkannya daripada pengerusi Spurs, Daniel Levy. Bagaimanapun, United terus mendambakan jurulatih berusia 46 tahun itu yang berjaya membawa Spurs ke tempat kedua dan ketiga dalam tempoh tiga tahun ini. Perlawanan pada malam Isnin merupakan ujian getir buat Pochettino biarpun semua mata tertumpu kepada Mourinho, sama ada dia boleh meraih kemenangan yang sangat diperlukan selepas tewas 3-2 di Brighton. - Mirror UK