MOHAMED SALAH dan Sergio Ramos bertemu empat mata buat kali pertama sejak perlawanan akhir Liga Juara-Juara lalu di acara undian perlawanan Eropah di Monaco. Pada perlawanan akhir di Kiev yang berlangsung Mei lalu, bintang Liverpool itu terpaksa meninggalkan permainan pada separuh masa pertama kerana mengalami kecederaan bahu selepas bertembung dengan Ramos. Pemain Real Madrid itu juga dipersalahkan atas kecederaan yang dialami oleh penjaga gol Loris Karius, sekaligus menjadikan dia musuh pasukan Reds. Empat bulan kemudian, Salah yang sering disifatkan sebagai pemain yang berbudi bahasa kelihatan masih tidak boleh memaafkan tindakan Ramos yang mencederakannya itu. Salah dan Ramos telah dibawa menaiki helikopter ke Monaco untuk menghadiri acara tersebut memandangkan kedua-dua mereka dicalonkan untuk anugerah UEFA. Mo Salah blanking Sergio Ramos #UCLdraw pic.twitter.com/RIJux9gNNR — Roar Of The Kop (@_RoarOfTheKop_) August 30, 2018 Pemain kelahiran Mesir itu dicalonkan dalam kategori Pemain Terbaik bersama dua lagi pencabarnya Luka Modric dan Cristiano Ronaldo, manakala Ramos pula bagi dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik. Bintang Sepanyol itu memenangi anugerah tersebut dan ketika dia turun dari pentas untuk ke tempat duduknya, berlaku suasana yang canggung antara Ramos dan Salah. Ramos menyentuh bahu Salah dengan mesra ketika melepasi tempat duduk pemain itu yang terletak betul-betul di hadapannya. Salah yang gagal memenangi pencalonan anugerah tersebut bagaimanapun langsung tidak mempedulikan perbuatan Ramos itu dan hanya memandang ke tepi. Insiden canggung itu sudah tentu menjadi perhatian pengguna media sosial dan mula menyebarkan klip berkenaan di internet. - Mirror UK