suria

"Ya kami sudah putus, Qody bukan perampas..." - Safawi

PETALING JAYA: Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid mengesahkan hubungan cintanya dengan pengacara TV3, Anim Ezati Rizki yang terjalin sejak dua tahun lalu sudah berakhir.

"Ya memang benar kami sudah berpisah dua bulan lalu. Lagipun dia (Anim) dah post tentang hubungannya dengan orang lain dekat offical wall Instagramnya.

"Saya reda dengan apa yang berlaku dan anggap tiada jodoh antara kami. Saya cuma boleh doakan kebahagiaan mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada masa sama, Safawi turut menafikan kehadiran penyanyi Qody sebagai punca perpisahan mereka.

Sebaliknya, pemain berusia 21 tahun itu berkata, hubungan itu berakhir kerana salah faham yang berlaku antara mereka.

"Qody bukan perampas, mungkin rezeki dia jumpa dengan Anim. Apa yang berlaku mungkin silap saya, kesilapan kami berdua... mungkin juga kami tak serasi bersama," katanya.

Anim dikatakan sedang bercinta dengan penyanyi Qody.

Safawi berkata perpisahan tersebut tidak sekali pun menjejaskan fokusnya memperkuat JDT ketika menentang Pahang pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di kubu lawan, malam Sabtu.

"Setakat ini semuanya ok, Alhamdulillah tak ganggu fokus. Lagipun sebelum ini saya dah lalui dengan aksi bertemu Mifa, jadi tak ada masalah bagi saya.

"Saya tak campur adukkan isu peribadi dengan karier saya. Saya bersikap profesional," katanya.

Ditanya sama ada dia sudah bertemu cinta baharu, Safawi berkata ketika ini dia sedang berkawan rapat dengan seorang gadis dari Terengganu.

"Kami hanya kawan dan masih dalam proses mengenali antara satu sama lain," katanya yang inginkan wanita yang ikhlas dan memahami kariernya.

Sementara itu, Anim turut memuatnaik gambar bersama dengan Qody di Instagramnya pada Khamis.

Dalam posting itu dia turut menyertakan kapsyen romantik,"Matchy-matchy with this one."

Safawi Rasid, JDT

Artikel Lain