suria

Ronaldo didakwa rogol model, kertas siasatan dibuka semula

Cristiano Ronaldo. Foto Reuters

POLIS Las Vegas membuka semula siasatan terhadap dakwaan mengenai Cristiano Ronaldo merogol seorang model di sebuah bilik hotel.

Kathryn Mayorga, seorang guru berusia 34 tahun yang merupakan model ketika kejadian, mendakwa Ronaldo merogolnya di bilik mandi di Palms Hotel and Casino di Las Vegas pada awal pagi 13 Jun 2009.

Bekas pemain Manchester United berusia 33 tahun itu, bercakap dalam video di Instagram beberapa jam selepas peguamnya memfailkan dokumen mahkamah mengenai kes tersebut. 

Ronaldo (kiri) bertemu Mayorga di sebuah kelab malam. Foto A. Matrixphotos.com

Ketawa di hadapan kamera, Ronaldo yang kini pemain Juventus berkata: "Tidak, tidak, tidak, tidak, tidak. Apa yang mereka katakan hari ini? Palsu, berita palsu."

"Mereka mahu mempromosikan (diri mereka dengan menggunakan) nama saya. Ia biasa. Mereka ingin menjadi terkenal dengan menyebut nama saya, tetapi ia adalah sebahagian daripada cara mereka. Saya seorang yang gembira dan semuanya dalam keadaan baik."

Polis mengumumkan kes itu dibuka semula pada Isnin.

Pasangan itu bertemu di kelab malam Rain di Palms, di tempat pemain berkenaan menginap untuk bercuti. - Mail Online

Artikel Lain