suria

Wanita dakwa dirogol Ronaldo pernah fikir nak bunuh diri

WANITA yang mendakwa dirogol bintang sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo nyaris membunuh diri selepas insiden itu.

Perkara tersebut didedahkan peguam mewakili model Kathryn Mayorga.

Wanita berusia 34 tahun itu memfailkan saman terhadap Ronaldo berhubung dakwaan rogol di penthouse suite sebuah hotel di Las Vegas pada 2009.

Mayorga mendakwa bekas pemain Manchester United itu mengupah sebuah pasukan untuk menghalang siasatan jenayah tersebut dan mengarahkannya menerima wang berjumlah 268,000 pound sterling supaya tidak membongkarkan kejadian tersebut.

Ronaldo bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut pada Rabu.

“Saya secara tegas menafikan tuduhan yang dikeluarkan terhadap saya.

Gambar Ronaldo dan Kathryn tular di media sosial baru-baru ini.

“Rogol adalah satu jenayah kejam yang bertentangan dengan apa yang saya percayai.

“Apatah lagi saya mungkin perlu membersihkan nama sendiri, saya enggan memberi tekanan kepada tumpuan media yang dicipta oleh individu yang mahu mempromosi diri mereka menerusi diri saya.

“Kesedaran yang jelas daripada saya membenarkan saya menanti keputusan dan siasatan dengan penuh ketenangan,” tulisnya lagi dalam akaun Twitter miliknya, @Cristiano yang diikuti hampir 75 juta pengikut.

Bulan lalu, Mayorga dari Las Vegas, mendakwa Ronaldo dalam 32 halaman aduan di sebuah mahkamah di Nevada, dengan tuduhan pemain bola sepak itu merogolnya pada 13 Jun 2009.

Polis Las Vegas pada minggu ini berkata, mereka membuka semula kes berkenaan tetapi tidak mendedahkan mangsa atau nama pelaku. - Mirror.co.uk

Cristiano Ronaldo, rogol

Artikel Lain