suria

Rasa gembira bantu lonjak prestasi Antoine Griezmann di padang

KEYAKINAN serta perasaan gembira ternyata membantu bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann untuk mencapai prestasi terbaik sewaktu berada di atas padang.

Malah, dia kini disifatkan sedang menikmati saat kemuncak dalam kerjaya selain dianggap sebagai kunci kemenangan buat pasukannya.

Baru-baru ini, dia menjaringkan dua daripada tiga gol sekaligus membantu pasukannya memenangi perlawanan.

Lebih manis, gol yang dijaringkan Griezman mencatat rekod sebagai gol ke 8,000 dalam sejarah Liga Premier.

Namun, kiraan terbaharu mendapati ia sebenarnya catatan gol ke 7,999.

Griezman ternyata gembira dengan pencapaiannya pada masa ini.

Tidak terkesan dengan perkara itu, Griezman berkata dia berasa sangat gembira pada ketika ini.

"Saya rasa bagus dan gembira, ia membantu saya untuk membuat perubahan.

"Selain emosi, saya juga rasa bagus secara fizikal. Saya yakin dapat menikmati permainan serta bekerjasama dengan rakan sepasukan," ujarnya.

Dalam pada itu, bos Atletico Madrid, Diego Simeone berkata, dia yakin Griezman bakal dicalonkan dalam anugerah Ballon d'Or hari ini.

"Seperti saya perkatakan sebelum ini, Griezman adalah pemain terbaik di dunia pada musim lepas," ujarmya.

Pemain yang dilahirkan di Macon, Perancis pada 1991 itu turut mempamerkan aksi cemerlang menerusi Piala Dunia dan Liga Eropah baru-baru ini.- En.as.com/Marca.com.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain