suria

Di ambang usia 40 tahun, Buffon belum mahu bersara

PEMAIN bola sepak legenda Itali, Gianluigi Buffon memberitahu tiada istilah bersara dalam hidupnya.

Penjaga gol pasukan juara Piala Dunia 2006 itu telah mengikat kontrak setahun bersama Paris Saint-Germain musim panas lalu selepas meninggalkan Juventus.

Buffon yang telah bersara di pentas antarabangsa tahun lalu dengan merekodkan 176 kap bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-40 Januari ini.

Dia percaya, umurnya bukan penghalang untuk terus beraksi di peringkat tertinggi.

"Beberapa tahun sebelum ini saya telah mempelajari sesuatu bahawa satu kesilapan jika menghadkan sesuatu...saya terfikir untuk berhenti pada usia 35 tahun.

"Selepas itu, keadaan telah membuat saya supaya meneruskannya."

'Saya kata hanya 38 tahun, tetapi selepas itu 40 (tahun) 'Hari ini saya masih di sini.

"Kehidupan telah menjadikannya begitu, dan saya masih di sini, saya boleh berhenti dalam tempoh enam bulan, setahun atau 10 tahun dan saya tidak mahu tanya, tidak mahu tahu," jelas Buffon.

Gianluigi Buffon, Itali

Artikel Lain