PIHAK di Amerika Syarikat (AS) boleh membuat tuntutan ekstradisi terhadap Cristiano Ronaldo di atas waran tangkap di Eropah, dakwa seorang pakar perundangan. Bagaimanapun, satu cara bintang bola sepak itu dapat menghindari daripada berdepan mahkamah AS berhubung dakwaan rogol adalah kembali ke negara asalnya, Portugal. Ini kerana waran tersebut tidak boleh digunakan untuk suspek yang tinggal di negara mereka sendiri. Profesor Emilio Cortes, seorang peguam terkemuka di Sepanyol berkata: "Peraturan di Eropah dan AS adalah berbeza, dan pihak berkuasa Amerika mempunyai kemungkinan untuk memohon ekstradisi Ronaldo melainkan dia berada di Portugal." 'Amaran' yang diberikan itu seminggu selepas polis Las Vegas membuka semula siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Kathryn Mayorga, 34, bahawa dia dirogol oleh Ronaldo pada Jun 2009. Nasihat peguam itu memberi kesan kepada penyerang berkenaan, yang menyertai kelab bola sepak Itali, Juventus menerusi kontrak selama empat tahun, sejak Julai lalu. Ronaldo bagaimanapun boleh meneruskan kerjayanya di Portugal. Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini memberitahu kepada lebih 75 juta pengikut media sosialnya bahawa beliau sekeras-kerasnya menafikan dakwaan itu. - Mirror Online