suria

Rogol: Peguam dakwa dokumen kes melibatkan Ronaldo diubah pihak tidak bertanggungjawab

DAKWAAN rogol melibatkan Cristiano Ronaldo nampaknya belum berkesudahan.

Malah, episod itu dijangka berpanjangan apabila kedua-dua pihak kelihatan lantang bersuara bagi mempertahankan diri masing-masing.

Terbaharu, peguam yang mewakili Ronaldo, Peter S Christiansen mendakwa dokumen tuduhan melibatkan anak guamnya telah diubah oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Dokumen yang didakwa mempunyai kenyataan Ronaldo telah dibuat semula.

"Pada 2015 misalnya, fail di firma terlibat telah diserang penggodam. Jadi dokumen itu cuba dijual kepada media, tapi media pula cuba melaporkan dengan maklumat yang sudah diubah," ujarnya.

Ia merujuk kepada dokumen mengenai kes itu yang disiarkan menerusi majalah Jerman, Der Spiegel.

Terdahulu, Ronaldo digugurkan daripada barisan pemain Portugal bagi perlawanan menentang Poland dan Scotland setelah dakwaan tersebut timbul.

Selain itu, beberapa syarikat seperti Nike dan Eurosport juga dikatakan sedang mempertimbangkan semula kontrak mereka dengan Ronaldo jika dakwaan rogol itu benar-benar berlaku.

Pemain berusia 33 tahun itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

"Saya sekeras-kerasnya menafikan tuduhan terhadap saya," kata Ronaldo.

"Saya mahu membersihkan nama saya... saya mahu bertenang dan menantikan segala hasil siasatan," tambahnya.

Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) Kathryn Mayorga, mengambil tindakan undang-undang, dengan mendakwa Ronaldo telah merogolnya di sebuah bilik di hotel di Las Vegas, AS pada 2009. TheGuardian.

Cristiano Ronaldo, Rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain