suria

"Saya tak perlukan rehat"

HARRY Kane menolak cadangan supaya dia berehat seketika selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam aksi antarabangsa.

Kane tampil tanpa gol dalam enam perlawanan untuk England dan kecewa dengan aksi bertemu Croatia Jumaat lalu sekaligus menyaksikan prestasi merosot sejak menyertai skuad kebangsaan tiga tahun lalu.

Namun kapten The Three Lions itu telah merekodkan 19 gol dalam 33 perlawanan untuk England, malah turut merangkul Kasut Emas Piala Dunia tahun ini mengakui penurunan prestasinya hanyalah sementara.

"Saya tidak perlukan rehat dan sudah pasti sudah bersedia untuk Isnin ini (aksi Liga Negara-Negara bertemu Sepanyol).

"Apabila kamu telah menetapkan standard yang dibuat sejak beberapa tahun ini, dan tidak mencapainya, orang akan mula bercakap. Itulah yang kami lalui.

"Saya cukup berpengalaman untuk mengetahui sama meningkat atau menurun. Saya hanya kekal fokus tugas dan apa yang perlu saya buat," ujarnya.

Harry Kane, England

Artikel Lain