suria

"Prestasi bagus ramai kawan, apabila cedera...akan dilupai", Koscielny bersara

PEMAIN pertahanan Perancis Laurent Koscielny mengumumkan persaraan antarabangsa pada usia 33 tahun.

Pemain Arsenal itu terlepas aksi juara Piala Dunia Jun lalu apabila berdepan dengan kecederaan berpanjangan di bahagian buku lali ketika sejak Mei lalu.

Bagaimana pun, Koscielny turut berbangga dengan pencapaian rakan sepasukan negaranya itu menjulang trofi juara di Rusia baru-baru ini.

Koscielny mengambil keputusan bersara dalam keadaan sedikit kecewa apabila jurulatih Didier Deschamps tidak lagi berhubung dengannya sepanjang kecederaan.

Deschamps (kiri).

"Dia (Deschamps) menghubungi saya sekali pada hari lahir September lalu. Selain itu, tidak ada.

"Ramai orang telah mengecewakan saya. Bukan hanya jurulatih. Ia seperti sesuatu yang berat melanggar kepala saya,"ujarnya.

Koscielny membuat penampilkan cemerlang dalam merekodkan 51 kap bersama Perancis di antara tahun  2011 hingga 2018.

Malah dia juga mengakui situasi ini telah mengganggu psikologinya sejak terlepas aksi Piala Dunia dan lebih menyakitkan daripada kecederaan yang dialami.

"Kejayaan Piala Dunia memberi kesan psikologi yang mendalam buat saya.

"Saya telah melakukan segalanya untuk Perancis, usia saya 33 tahun, saya sertai dua kali aksi Euro dan satu Piala Dunia.

"Perancis sekarang mempunyai generasi yang bagus dan pemain hebat. Kecederaan saya tidak mengubah keputusan ini. Untuk Les Blues, ia sudah berakhir.

"Apabila prestasi anda bagus, anda akan mempunyai ramai kawan. Apabila anda cedera...selepas beberapa tempoh, anda akan dilupai," ujarnya. -DailyMail

Laurent Koscielny, Perancis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain