JOSE MOURINHO telah didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) berhubung yang dibuatnya selepas kemenangan Liga Perdana Inggeris, Manchester United menentang Newcastle pada 6 Oktober lalu.
Pengurus United itu bercakap di hadapan kamera selepas pasukannya mara daripada kedudukan sebelum ini dan menang 3-2 di Old Trafford.
Dakwaan FA merujuk kepada bahasa yang digunakan Mourinho bersifat 'menghina dan/ atau kesat dan/ atau tidak wajar'.
Jurucakap FA berkata: "Jose Mourinho telah didakwa susulan perlawanan Manchester United menentang Newcastle United pada 6 Oktober 2018.
"Didakwa bahawa bahasa yang digunakannya pada akhir perlawanan seperti yang dirakam oleh rakaman siaran adalah menghina dan/ atau kesat dan/ atau tidak wajar.
"Dia mempunyai masa sehingga pukul 6 petang, 19 Oktober 2018 untuk memberi maklum balas terhadap dakwaan itu."
Mourinho berpotensi menghadapi larangan 'touchline' jika didapati bersalah. - ITV