BIARPUN lagenda bola sepak Diego Maradona beranggapan Lionel Messi kurang berkelayakan untuk mengemudi Barcelona, lain pula ceritanya dengan pengarah pasukan itu. Dia bukan sahaja tidak bersetuju dengan kenyataan Maradona malah yakin dengan kemampuan Messi. Menurut Eric Abidal, sikap pemarah Messi tidak sedikitpun memberi kesan kepada keseluruhan prestasi pasukan mereka. Ia berikutan kritikan terbuka Maradona yang beranggapan sikap itu menyebabkan Messi kurang berkelayakan untuk memegang tampuk sebagai kapten pasukan. "Dia adalah contoh sebagai kapten. Bukan sahaja dari segi bakat kemampuan untuk bermain bola tetapi sebagai individu juga. "Dia tidak banyak cakap tetapi dia menunjukkan segalanya di atas padang. Dia pemain penting untuk kami. "Malah peranan Messi juga penting untuk pemain muda kami. Terima kasih pada dia, kerana dia prestasi pemain lain juga meningkat," ujar Abidal.-Goal.Com.