JAM tangan yang dipakai Cristiano Ronaldo mencuri perhatian. Pada sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara kelabnya Juventus bertemu Manchester United (pagi Rabu), semua mata tertumpu ke arah pergelangan tangan Ronaldo yang dihiasi dengan jam tangan mewah bernilai 1.85 juta pound (RM9.98 juta). Jam tangan tersebut dihiasi dengan 424 butir berlian putih. Bekas pemain United itu menjadi duta untuk Jacob&Co sejak 2013 ketika bersama Real Madrid dan kini Ronaldo mempamerkan koleksi rekaan termahal itu. Ketika sidang media itu juga, Ronaldo turut mengulas mengenai tuduhkan merogol Kathryn Mayorga di Vegas pada tahun 2009. Ronaldo menegaskan apa yang berlaku adalah persetujuan kedua-dua pihak. "Saya sedar saya adalah contoh (role model). "Saya tahu 100 peratus, di atas padang dan di luar padang. Jadi saya sentiasa akan senyum. "Saya lelaki yang bahagia, bersyukur dapat bermain dengan kelab yang menakjubkan, mempunyai sebuah keluarga hebat, saya mempunyai empat orang anak. Saya sihat. Saya ada segalanya. "Jadi perkara lain, ia tidak mengganggu saya," katanya.-Dailymail