suria

Penyokong bola menari atas eskalator hingga roboh, 20 cedera

Keadaan eskalator rosak teruk selepas insiden menggerikan, Selasa malam.

SEKURANG-kurangnya 20 cedera apabila sebuah eskalator di sebuah stesen metropolitan di Rome roboh, Selasa malam.

Satu rakaman video di Sky TG24 menunjukkan eskalator tersebut roboh secara tiba-tiba, menyebabkan pengguna jatuh antara satu sama lain.

Punca kemalangan itu tidak diketahui.

Stesen metropolitan di Piazza Rebubblica yang terletak dekat stesen kereta api utama Termine ditutup untuk siasatan lanjut.

"Orang ramai jatuh di atas antara satu sama lain. Mereka mengalami pelbagai kecederaan disebabkan eskalator yang masih berfungsi.

"Ada diantara mangsa mengalami kecederaan parah," kata Ketua Bomba dan Penyelamat Rome, Giampietro Boscaino.

Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang cedera akibat insiden itu.

Boscaino menjangkakan mangsa yang cedera seramai 20 orang dengan tujuh daripada mengalami kecederaan serius.

Kebanyakan mangsa adalah warganegara Rusia yang hadir menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara antara CSKA Moscow menentang Roma.

Agensi berita ANSA memetik Datuk Bandar ROme, Virginia Raggi sebagai berkata, saksi melaporkan beberapa pengguna melompat dan menari di atas eskalator sebelum insiden itu.

ANSA turut melaporkan pegawai daripada agensi pengangkutan sebagai berkata kerja penyelenggaraan ke atas eskalator di stesen tersebut setiap bulan.

Dalam pada itu, seorang penyokong CSKA Moscom cedera ditikam menggunakan sebilah pisau dalam satu insiden pergaduhan membabitkan beberapa penyokong di luar Stadio Olimpico.

Kira-kira 1,500 penyokong CSKA menyaksikan perlawanan itu. - foxsports.com

eskalator, CSKA Moscow

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain