LUIZ Suarez 'naik angin' terhadap Gerard Pique ketika aksi di Now Camp selepas Barcelona tewas 4-3 kepada Real Betis.
Kedua-dua pemain itu bertikam lidah pada aksi Ahad lalu yang menyaksikan kekalahan kedua mereka dalam aksi Liga Sepanyol.
Ketika perlawanan tersebut, stesen televisyen Movistar sempat merakam adegan kedua-dua pemain itu yang mengeluarkan kata-kata marah antara satu lain yang kelihatan Suarez memberi amaran kepada rakan sepasukannya itu.
Suarez kelihatan marah dan berkata: 'Now you're going to f*** me for a pass, do not f*** with me', ujar bekas pemain Liverpool itu.
Pique pula membalas dan cuba mententeramkan rakannya itu berkata: "Well, that's it."
Suarez kelihatan tertekan kerana gagal mendapat sebarang jaringan pada perlawanan tersebut.
Barcelona masih kekal berada di tangga teratas dengan 24 mata daripada 12 perlawanan.