suria

"Malam yang akan diingat sampai bila-bila"

Rooney bersama keluarganya pada perlawanan persahabatan England bertemu USA.

WAYNE Rooney tidak dapat menahan sebak selepas aksi perlawanan persahabatan England bertemu Amerika Syarikat.

Rooney yang telah bersara dari karier antarabangsa muncul kembali menyarung jersi The Three Lions sekaligus merekodkan kap yang ke-120 bersama England dan terakhir.

Dengan penuh emosi, Rooney mengucapkan penghargaan kepada rakan sepasukannya serta staf yang telah menyambut kehadirannya dengan baik.

Penjaring gol sepanjang masa untuk England itu bagaimana pun gagal mencatat jaringan ke-54 kariernya.


"Malam seperti yang digambarkan, malam yang akan diingat sampai bila-bila. Bagi kami sebagai sebuah keluarga, kami akan ingat ianya sebagai sebuah memori indah.

"Agak malu kerana saya tidak dapat menjaringkan gol, tetapi jika terjadi ianya akan membuka lembaran baharu untuk dikira dan lebih baik tidak berlaku," jelasnya selepas perlawanan.

Dalam masa sama, pemain DC United itu yakin England akan lebih berjaya di masa akan datang.

"Saya fikir England berada di tangan yang selamat. Apa yang saya lihat dan terlintas: "Bagaimana pemain-pemain mendapatkan jurulatih yang bijak. Bagaimana pemain-pemain menerima kebijaksanaan itu.

"Sangat hebat apabila melihat sekumpulan pemain muda yang mempunyai masa depan yang cerah. Saya yakin dalam beberapa tahun akan datang mereka akan hampir untuk membawa trofi balik ke England.

"Saya harap mereka akan melakukannya. Ia sangat hebat untuk negara dan saya adalah salah seorang peminat mereka."

Pada perlawanan tersebut England berjaya menumpaskan USA dengan keputusan 3-0-Dailymail

Wayne Rooney, England

Artikel Berikut

PKNP gugur semua import

Artikel Lain