CLAUDIO Ranieri meninggalkan kelab Perancis selepas semusim menguruskan Nantes. Ranieri antara pengurus yang diingati dengan legasi keajaiban dalam tugasnya selepas menjulang trofi Liga Perdana bersama Leicester City 2016. Dua minggu lalu dia masih bercuti bersama isteri dan cucunya Orlando menghabiskan masa bersama di Legoland Windsor. Masa kualitinya itu digunakan sepenuh oleh pengurus berusia 67 tahun itu sebelum dipilih menjadi pengurus Fulham minggu lalu. Ranieri menggantikan Slavisa Jokanovic bagi menyelamatkan Fulham yang kini berada di tangga tercorot liga. "Saya sayangkan bola sepak. Tanpa bola sepak saya seperti tanpa kehidupan," jelasnya pada sidang media pertama sebagai pengurus Fulham. "Ramai di kalangan kamu yang memberitahu akan ada banyak tekanan. 'Adakah anda berdebar'?. 'Ya, apabila saya tidak mempunyai pekerjaan. Itu yang membuatkan saya gugup. Selepas itu saya berada dalam tekanan. "Isteri saya juga ada memberitahu 'Claudio, ambil cuti'. Namun tanpa sebarang pekerjaan, saya sangat takut. Apabila saya ada kerja, saya sangat tenang," ujarnya. Ranieri kini berdepan dengan berat untuk membaiki kedudukan selepas kelab itu menghabiskan 100 juta pound untuk persiapan musim ini. "Bagi saya sekarang, sangat penting untuk memberikan merekia yang terbaik dan cuba seiring dengan cita-cita pemain untuk berada dalam keadaan selamat musim ini. "Saya telah beritahu bahawa saya tidak pandang belakang sendiri. Lupakan kisah 'fairytale' Tetapi di bahu, di fikiran saya, semuanya adalah karier dan saya bagi keseluruhannya kepada pemain-pemain. Pengetahuan saya, dan semuanya. Dan saya harap mereka akan ambil cita-cita saya ini. "Saya seorang bercita-cita. Saya harap akan kekal lama di sini," jelasnya.-Dailymail