suria

Kelab bola sepak disiasat gara-gara palsukan kematian pemain

MENIPU hanya untuk membatalkan perlawanan bola sepak. Itulah yang dilakukan Kelab Bolasepak Ballybrack hingga mendorong pengurusan liga Ireland membuka kertas siasatan.

Kelab itu mendakwa pemain kelahiran Sepanyol, Fernando Nuno La-Fuenta maut dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Bagaimanapun, selepas penipuan itu terbongkar, pengurusan kelab berkenaan tampil memohon maaf dan mengakui ia dilakukan semata-mata untuk menunda perlawanan.

Malahan, Liga Senior Leinster (LSL) menyiarkan notis berkaitan kematian pemainnya di akhbar tempatan mengucapkan takziah kepaa keluarga pemain itu dan juga kelab berkenaan.

Susulan itu, pelawanan Ballybrack yang dijadualkan menentang Arklow Town pada Sabtu lalu ditunda dan sesi bertafakur selama seminit dilakukan pasukan lain yang bersaing pada hari berkenaan bagi menghormati pemain yang didakwa maut itu.

Bagaimanapun, pemain itu tampil memberitahu Daily Mail bahawa dia sihat dan telah berpindah ke Galway.

"Perpindahan ke Dublin yang lebih jauh menyebabkan dia tidak lagi mewakili Ballybrack," katanya.

Beliau merasai sesuatu yang agak pelik berlaku tetapi hanya menyedarinya apabila mendapat tahu mengenai berita kematiannya dalam media tempatan.

"Saya segera menelefon isteri saya di Sepanyol sebelum dia mendapat tahu berita ini," katanya.-Metro.co.uk



Ballybrack, Ireland, Fernando

Artikel Lain