PENGURUS Barcelona, Ernesto Valverde mengakui terkejut apabila pemain harapannya, Lionel Messi tidak tersenarai dalam calon pemenang Ballon d'Or. Bagi edisi penganjuran 2018, ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Luka Modric, Cristiano Ronaldo dan Antoine Griezmann. "Ia mengejutkan saya sebagaimana orang lain pun terkejut. "Messi dinamakan pemain terbaik dalam Liga Juara-Juara musim ini. Cuma baru-baru ini sahaja dia berehat kerana kecederaan. "Bukan kami yang cakap, tapi dia diakui oleh UEFA. Pelik kenapa dia tidak tersenarai. "Namun apapun, tahniah kepada tiga pemain yang bakal merebut anugerah itu," ujarnya. Ronaldo Sementara itu, Ronaldo tidak menyembunyikan keinginannya untuk memenagi anugerah itu buat kali keenam. Malah, dia menyifatkan dirinya layak untuk membawa pulang sekali lagi anugerah itu atas prestasi yang dipamerkannya pada tahun ini. Namun, rata-rata pengkritik menjangka bintang Real Madrid, Luka bakal membawa kejuaraan utama berkenaan. "Saya tahu saya merupakan antara pemain terbaik di dunia. Sudah tentu saya nak menang Ballon d'Or keenam. "Ianya satu penipuan jika saya cakap tak mahu. Saya rasa saya layak menang tahun ini," ujar bintang Juventus itu. - Express.Co.Uk.