BELUMPUN reda kemelut antara Paul Pogba dengan pengendali Manchester United (MU) Jose Mourinho, pemain muda itu sekali lagi menjadi perbualan ramai. Perkongsian Pogba, 25, menerusi laman Instagram miliknya ternyata menimbulkan kemarahan peminat. Menerusi posting itu, Pogba memuat naik paparan mengenai dirinya yang keluar ke bandar Manchester sambil menikmati gula-gula. Menurut kebanyakan peminat, perkongsian itu disifatkan sebagai 'biadab' dan seolah-olah dia tidak serius untuk membantu pasukannya. "Beraninya dia. Apa dia fikir dia lagi 'besar' dari kelab yang diwakilinya," tulis seorang peminat. "Memalukan, tak pergi latihan pun. Dia fikir dia siapa," tulis peminat lain pula. Malah, rata-rata peminat meminta agar Pogba lebih serius bermain untuk kelabnya. Dalam pada itu, prestasi lemah Pogba bukan lagi satu rahsia apabila Mourinho secara terbuka meluhakan kemarahannya kepada bintang muda itu. Malah, masa depena Pogba di MU juga dikatakan tidak begitu cerah dan keputusan bakal dibuat tidak lama lagi. - Daily Star.