JURGEN Klopp mengakui dia sanggup membayar berganda kepada penjaga gol Alisson Becker selepas pemain itu semakin menunjukkan taring sebenar di Liverpool. Alisson yang tiba di Anfield dengan nilai 64.6 juta pound dari Roma Julai lalu merupakan perpindahan rekod dunia tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri bersama The Reds lebih-lebih lagi membantu menyelamatkan percubaan Arkadius Milik ketika pusingan kalah mati Liga Juara-Juara. Klopp yang tewas dalam tiga perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara di tempat lawan berkata: "Jika saya tahu lebih awal Alisson hebat, saya boleh tawar bayaran berganda kepadanya. Saya tidak tahu pengurus lain berasa bangga seperti saya atau tidak. "Perkara yang baik ketika perlawanan pertama di Napoli (ketika kalah 1-0) adalah kerana aksi buruk kami sendiri dan ia bukan (situasi) sebenar. "Kami mempunyai peluang untuk ditunjukkan di sini berbanding di Itali dan pemain-pemain juga menunjukkan aksi yang luar biasa. "Jaringan Mo Salah sangat menakjubkan dan saya juga tidak ada idea bagaimana Alisson menyelamatkan bola itu, ia sangat hebat," ujar Klopp.