suria

Khabib berang, marah wartawan tanya soalan

Khabib ternyata berang dengan soalan yang diajukan. FOTO:Sky Sports

JUARA Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov secara terbuka mengakui bangga dengan darah Dagestani yang mengalir dalam dirinya.

Namun, dia juga mewakili negara Russia secara keseluruhanya.

Dalam satu temubual baru-baru ini, Khabib ternyata berang apabila dia diajukan soalan oleh wartawan mengenai asal-usul keturunannya.

"Adakah Khabib mewakili Republik Dagestan atau untuk negara Russia?" soal wartawan berkenaan.

Berang dengan soalan itu, Khabib lantas memberi jawapan kepada wartawan berkenaan.

"Saya sentiasa mewakili Russia. Sentiasa ada bendera Russia di skrin sewaktu bertanding.

"Orang di Amerika Syarikat (AS) yang tak tahu Dagestan, Chechnya atau Caucasus, mereka panggil saya orang Russia.

"Bagi mereka, kita semua satu negara. Penting untuk kita tak berpecah belah. Tapi kamu lain pula, jangan tanya saya soalan bodoh.

"Di luar, orang tak pecah-belahkan kita, tapi orang kita sendiri yang cuba buat begini," ujar atlet berusia 30 tahun itu.

Khabib dan keluarganya menetap di Makhachkala di Republik Dagestan. - Bloody Elbow.

Khabib Nurmagomedov

Artikel Lain