PAUL Pogba 'sudah gembira sekarang' selepas kembali menjaringkan gol untuk Manchester United, kata pengurus sementara Ole Gunnar Solskjaer. Pemain tengah itu yang tidak sebulu dengan bekas jurulatihnya, Jose Mourinho menjaringkan dua gol ketika United menang 3-1 ke atas Huddersfield, Rabu. Ia disusuli dua hantaran yang dilakukan ketika United menang 5-1 ke atas Cardiff pada aksi pertama Solskjaer. "Saya amat bangga dengannya dan seluruh pasukan. Dia menyukai bola sepak dan memiliki senyuman yang lebar," kata Solskjaer. Pogba memainkan peranan penting dalam empat gol yang dijaringkan di bawah Solskjaer, jumlah sama pada 12 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Mourinho sebelum dipecat. Pemain kebangsaan Perancis itu hanya beraksi 15 minit pada tiga aksi final semasa dibawah kendalian Mourinho. Solskjaer pernah bekerjasama dengan Pogba semasa pemain kebangsaan Perancis itu bersama unit pasukan simpanan United. "Itu Paul yang saya kenal sejak dia di dalam pasukan simpanan dan skuad belia. "Dia sentiasa gembira, ada senyuman di wajahnya dan apabila anda menjaringkan dua gol anda gembira. "Itu respons dan Paul suka bermain untuk kelab ini. Dia pemain Manchester United dan dia tahu bagaimana bermain untuk kelab ini," katanya. - BBC