suria

Solskjaer jemput 'bos' Ferguson pantau latihan di Carrington

Solskjaer (kanan) ketika bergelar pemain di bawah pengurusan Ferguson sebelum ini.

SIR Alex Ferguson dijangka berada pusat latihan Manchester United selepas pengurus sementara Ole Gunnar Solskjaer menjemput mentornya itu.

Ferguson akan disambut oleh Solskjaer dan barisan kejurulatihan United di Carrington bagi persediaan United bertemu Bournemouth pada Ahad.

Pelantikan Solskjaer sebagai pengurus sementara sehingga hujung musim ini dipengaruhi pandangan Ferguson yang menyokong bekas penyerang United itu menggantikan Jose Mourinho minggu lalu.

Solskjaer tanpa berselindung mendedahkan mahu kembali menggunakan taktik serangan dan meneruskan tradisi United yang mengetengahkan pemain-pemain muda dari akademi.

"Saya sentiasa berhubung dengannya (Ferguson) beberapa kali.

"Saya tidak tahu apa yang diberitahu olehnya, tetapi ketika saya mendapat panggilan, sudah tentu saya akan terus menghubungi bos.

"Saya akan menikmati secawan kopi di rumahnya dan duduk berbincang dengan beberapa idea. Tiada ada yang lebih baik daripada mendapat nasihatnya.

"Saya mempunyai guru yang hebat. Seorang bos dan akan sentiasa menjadi yang terbaik, jadi sentuhan pengurusan yang saya gunakan adalah dipelajarinya daripadanya," ujar Solskjaer.

Artikel Lain