suria

Ozil dedah cara atasi kritikan & kongsi rasa cinta terhadap Arsenal

"MEMANG akan selalu ada orang di luar sana yang cuba memanipulasi anda, yang tidak mahu anda berjaya.

"Abaikan sahaja mereka, lakukan yang terbaik, percaya dengan diri sendiri dan berseronoklah.

"Satu hari nanti anda akan mencapai matlamat anda."

Itulah kata-kata yang boleh disimpulkan tentang personaliti Mesut Ozil.

Ia bukanlah perjalanan yang mudah buat pemain tengah Jerman itu sejak menyertai Arsenal dengan nilai £42.4 juta (RM223.8 juta) pada 2013.

Namun, Ozil terus membuktikan kepada mereka yang meragui dirinya bahawa mereka silap ketika dia bermain di London.

Ozil ketika berlawan menentang Brighton & Hove Albion. - Reuters

Itulah karakter Ozil sepanjang perjalanannya dalam dunia bola sepak.

Sejak di Gelsenkirchen, di mana dia bermain menentang pemain yang hampir dua kali lebih berumur daripadanya, Ozil mendedahkan betapa sukarnya dia menjalani zaman kanak-kanak yang mengubahnya menjadi orang yang lebih kuat.

Memetik laporan Sport Bible, pemain itu bukan sahaja kuat daripada segi mental dan fizikal, malahan cara bagaimana dia terus berusaha untuk berjaya dan merangkul trofi.

Dari dulu Ozil terpaksa membuktikan nilainya. Di daerah Bismarck di Gelsenkirchen, pemain muda bola sepak berdepan dengan banyak cabaran.

"Saya berasal dari Gelsenkirchen, di mana saya dilahirkan, di mana saya membesar dan di mana saya mula menendang bola bersama rakan-rakan saya." kata Ozil.

Ozil telah dikitik dengan teruk terutamanya semasa zamannya di Liga Perdana Inggeris dan juga di peringkat antarabangsa, tetapi dia terus bangkit.

Ozil melalui zaman kanak-kanak yang sukar. - Reuters

Dia membesar dengan mengalami tekanan, jadi ini bukanlah sesuatu yang baharu kepadanya.

Malah dia sendiri mengakui bahawa sesetengah orang tidak menyukainya, tetapi 'The Raven' (nama samaran yang diberikan kepadanya) mempunyai cara untuk menangani cabaran tersebut.

"Saya kuat mental kerana saya dibesarkan dengan tekanan, saya mempunyai masa kanak-kanak yang sukar, kerana saya sentiasa harus jadi yang terbaik dan membuktikan kemampuan diri saya berulang kali ini.

"Ini menjadikan saya lebih kuat pada usia muda. " dia cakap.

"Ada beberapa orang yang tidak suka dengan saya. Anda perlu menerimanya, tetapi anda tidak perlu mendengar kata-kata mereka.

Ozil berbangga dapat menyarung jersi Arsenal. - Reuters

"Perkara yang paling penting bagi saya adalah orang-orang di sekeliling saya yang akan memberitahu tentang kebenaran, sama juga seperti jurulatih.

Sementara itu, Ozil turut meluahkan bahawa dia berbangga dapat menyarung jersi Arsenal.

"Liga Perdana Inggeris adalah liga terkuat di dunia. Saingan sangat rapat, banyak pasukan bersaing sengit di kedudukan teratas.

"Ia tidak seperti liga lain. Anda pasti menjadi bertambah baik di sini dan saya gembira dapat bermain untuk Arsenal. Saya bangga dapat memakai baju ini."

Mesut Ozil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain