suria

Buat hal lagi, aksi tarian Pogba selepas jaring gol dianggap tak hormati lawan

Pogba meraikan kejayaannya menjaringkan dua gol dengan aksi tarian. FOTO: i Newspaper

AKSI tarian yang dilakukan Paul Pogba sejurus dia menjaringka gol tenyata tidak disenangi semua pihak.

Terbaharu, bekas pemain Real Madrid dan Chelsea, Claude Makelele turut membuat kenyataan berhubung aksi tersebut.

Menerusi temubual bersama Astro Supersport, Makelele menyifatkan tindakan itu sebagai biadab terhadap pasukan lawan.

"Satu contoh, Thierry Henry. Setiap kali dia jaringkan gol, dia tak pernah gembira. Padahal banyak gol.

"Suatu hari saya tanya kenapa, dia cakap itu cara saya raikan jaringan. Saya tahu orang tak suka tapi saya suka macam ni.

"Bagi saya, kadang-kala kita tak hormati pasukan lawan. Ia menyedihkan. Kalau saya bermain di situ, saya akan berhadapan dengan Pogba dan suruh dia lakukan aksi tarian itu dalam bilik persalinan sahaja.

"Ia amat mengecewakan, kamu menang 4-0 dan menari di hadapan saya," kata Makelele.

Malah katanya, dia juga tidak pernah menyembunyikan perasaan kurang senangnya terhadap Ronaldinho berhubung hal sama, sebelum ini.

"Saya ada banyak sejarah, bukan dengan Ronaldinho sahaja. Kadang-kala kita kena terangkan supaya mereka hormati sikit," tambahnya lagi.

Dalam perlawanan antara Manchester United (MU) dengan Bournemouth, Pogba berjaya menjaringkan dua gol sebelum membuat aksi tarian bagi meraikan kejayaannya. - Fox Sport Asia.

Artikel Lain