CESC Fabregas mengucapkan selamat tinggal selepas 501 penampilan dalam perlawanan bola sepak Inggeris apabila dia diganti sebelum wisel penamat yang menyaksikan kemenangan Chelsea menentang Nottingham Forest. Fabregas menjadi kapten dan terlepas penalti babak pertama tetapi pasukannya cuba mengejar dan memperoleh kemenangan selesa dengan 2-0, menerusi kedua-dua jaringan daripada Alvaro Morata. Pemain skuad kebangsaan Sepanyol berusia 31 tahun itu meninggalkan padang dengan air mata ketika dia digantikan oleh N'Golo Kante, sehingga mendapat tepukan dan sorakan daripada pengurus, Maurizio Sarri. Fabregas tampil dalam 198 perlawanan untuk Chelsea dalam semua perlawanan dan menjaringkan 22 gol buat kelab itu sejak berhijrah dari Barcelona pada 2014. Fabregas mengucapkan selamat tinggal selepas 501 penampilan dalam bola sepak Inggeris. Foto Mail Online Monaco dijangka menjadi langkah seterusnya buat bekas pemain tengah Arsenal ini. "Masa berlalu begitu pantas," kata Fabregas. "Rasanya baru minggu lalu saya mula bermain secara profesional dan kini lebih 15 tahun. Ia berlalu dengan pantas dan anda perlu bersedia setiap tiga hari, kerana kritikan dengan semua orang mengatakan betapa baiknya anda dan jatuh bangun. "Rasanya semakin tua ia tidak pernah hilang tekniknya. Fizikal boleh berubah. Tetapi teknikal akan terus kekal bersama anda," tambahnya. - Mail Online