suria

Akhyar sudah berlatih dengan JDT, KFA tak akan buat pusingan-U

Mohd Asmirul Anuar Aris

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak akan membatalkan hasratnya untuk membawa kes pelanggaran kontrak ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) melibatkan pemainnya, Muhammad Akhyar Abdul Rashid biarpun Liga Malaysia  bakal membuka tirainya awal Februari ini.

Setiausaha Kehormat KFA Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, walaupun pemain muda  itu sudah selesa menjalani latihan bersama Johor Darul Tak'zim (JDT) ketika ini, ia tidak mengganggu fokus KFA dalam mendapatkan keadilan sewajarnya.

Malah sokongan penuh diterima daripada penyokong-penyokong Lang Merah bagi mengumpul dana untuk tabung khas persatuan itu yang mahu membawa kes ini ke CAS.

"Sokongan yang diterima daripada penyumbang Tabung CAS dalam tempoh sehari ia dibuka membuktikan perkara ini amat serius untuk mendapat keadilan sebaiknya.

"Seperti yang ditegaskan sebelum ini, KFA tidak akan berundur.

"Peraturan yang ditetapkan perlu diikut. Biarlah kami yang menjadi perintis untuk menegakkan keadilan mengenai perkara ini," ujarnya kepada mstar Online pada Isnin.

KFA bertegas Akhyar masih milik pasukan Lang Merah.

Sehingga 4 Januari , sebanyak RM5,074 jumlah dana terkumpul selepas KFA melancarkan tabung itu pada Khamis lalu.

Pihak KFA perlu mengumpul dana dan sasaran kami untuk mengumpul lebih kurang RM100,000 untuk kos dalam menyelesaikan kes ke pejabat CAS di Switzerland.

Sebelum ini KFA mengumumkan akan terus kes perpindahan kontroversi Akhyar ke JDT selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

FAM menolak rayuan KFA berhubung keputusan Jawatankuasa Status badan induk itu yang memutuskan Akhyar dibenarkan menebus baki kontrak setahun bersama Kedah dengan nilai RM210,000 dan JDT perlu membayar RM75,000 sebagai pampasan latihan.

Artikel berkaitan: KFA anggap FAM tak adil, terus bawa isu Akhyar ke Mahkamah Timbang Tara


Mohd Asmirul, KFA

Artikel Lain