suria

Martino dilantik jurulatih baharu Mexico

MEXICO menamakan bekas pengurus Barcelona Gerardo Martino untuk melatih skuad kebangsaan.

Perlantikan itu menyaksikan khidmat pengurus sementara Ricardo Ferretti yang gagal mencatat keputusan yang diharapkan.

Martino yang juga merupakan bekas pengendali Uruguay dan Argentina mengambil alih tugas di Mexico bagi persediaan Piala Dunia Qatar 2022.

Presiden Persatuan Bola Sepak Mexico Yon de Luisa memberitahu, perlantikan itu adalah untuk persediaan ke Piala Dunia.

"Pengalamannya bersama beberapa buah kelab dan negara memberi jaminan kepada kami untuk bekerja dalam satu kumpulan, yang pastinya memikul cabaran di Qatar 2022," ujarnya.

Mexico tidak pernah ketinggalan layak ke Piala Dunia sejak 1994 namun tersingkir pada pusingan kedua setiap edisi.

Berdasarkan rekod Martino, 55, dia pernah membawa Argentina ke final Copa America pada tahun 2015.

Selepas itu dia dilantik menjadi jurulatih bagi pasukan Atlanta United dalam saingan MLS.

Ujian pertama Martino pada Mac ini dengan aksi persahabatan Mexico bertemu Chile dan Paraguay yang akan berlangsung di California.-Eurosport

Gerardo Martino, Mexico

Artikel Sebelum

Artikel Lain