suria

"Tak perlu jadi kawan baik" - Solskjaer lagi suka jika pemain gaduh semasa latihan

Solskjaer menggalakkan pemainnya 'saling memarahi' ketika menjalani latihan. - Foto Reuters

OLE GUNNAR SOLSKJAER memberitahu anak buahnya agar bergaduh antara satu sama lain supaya dapat memperbaiki diri dengan cepat.

Pengurus interim United itu menggalakkan pemainnya 'saling memarahi' ketika menjalani latihan bagi meningkatkan mentaliti ingin menang.

"Saya melihat mereka sangat akrab. Ia suasana yang hebat kerana ia adalah salah satu asas penting bagi mana-mana pasukan.

"Tapi, anda tidak perlu menjadi kawan baik. Semangat berpasukan sangat bagus.

"Ada satu atau dua pergaduhan (pemain) berlaku, tetapi itu standard yang anda tetapkan.

"Kalau musim ini berakhir dengan sedikit pergaduhan, saya tidak kisah kerana itu bermaksud mereka adalah pemenang dan mahu memajukan diri," katanya.

Sementara itu, Solskjaer juga yakin bahawa Paul Pogba akan membuktikan kecergasannya untuk bermain dalam perlawanan menentang Tottenham.

Pemecatan bekas pengurus United, Jose Mourinho memberi impak positif buat Pogba apabila prestasinya dilapor semakin bagus, berbanding sebelum ini.

Di bawah naungan Solskjaer, Pogba dilihat lebih bersemangat dan dia mula mendapat respon positif daripada orang sekeliling. - Daily Mail

Ole Gunnar Solskjaer

Artikel Berikut

Artikel Lain