suria

Henry kesal panggil nenek pemain Strasbourg sebagai perempuan 'jalang'

Henry kesal dengan kata-kata kesat yang dikeluarkannya. - Foto AFP

THIERRY HENRY mengakui menyesal kerana memanggil nenek seorang pemain sebagai 'perempuan jalang' semasa kekalahan Monaco 5-1 di tangan Strasbourg pada Sabtu.

Bekas penyerang Arsenal yang kali pertama menjadi pengurus bagi pasukan Ligue 1 pada Oktober lalu itu telah memarahi Kenny Lala kerana pemain pertahanan tersebut melengah-lengahkan balingan sebelum separuh masa.

Henry percaya pemain Strasbourg itu membuang masa dan menjerit: "Ia adalah minit ke-43, nenek kamu perempuan jalang."

Jurulatih berusia 41 tahun itu kemudian memberitahu seorang pegawai: "Dia perlu berhenti sekarang, ia sudah cukup."

Tetapi selepas dirakam mengeluarkan kata-kata kesat itu kepada Lala, Henry mengambil masa pada sidang media yang berlangsung pada Ahad untuk meminta maaf di atas kata-katanya.

"Ia merupakan ekspresi jalanan, malangnya.

"Saya menyesal dengan komen saya dari bangku simpanan. Itu reaksi manusia, saya masih manusia. Saya menyesal.

"Kadang-kadang saya melakukannya dalam bahasa Inggeris. Mungkin dalam bahasa Inggeris ia tidak disedari. Tidak, saya bergurau. Saya tidak patut melakukannya," kata Henry. - Daily Mail

Thierry Henry

Artikel Lain