suria

Selfie dalam pesawat, Ronaldo dikecam tak hormati pemain Cardiff yang masih hilang

Cristiano Ronaldo.

BINTANG Juventus Cristiano Ronaldo dikecam kerana memuatnaik gambarnya sedang selfie di dalam sebuah pesawat peribadi ketika usaha menjejaki pemain baharu Cardiff City, Emiliano Sala sedang giat dijalankan selepas pesawat dinaikinya hilang dari radar malam Isnin.

Gary Lineker antara pengguna sosial media yang mengecam perbuatan Ronaldo yang disifatkan sebagai tidak kena waktu.

Cardiff masih menunggu perkembangan positif mengenai nasib Sala yang masih belum diketahui sehingga hari ini.

Sala dilaporkan dalam perjalanan ke Wales dari Nantes, Perancis untuk menyertai kelab baharunya itu.

Pemain berusia 28 tahun itu dikhuatiri maut memandangkan pasukan penyelamat menjangkakan tiada mangsa selamat ditemui selepas pesawat dinaikinya hilang dari radar kira-kira pukul 8.30 malam Isnin.

Emiliano Sala.

Namun Ronaldo yang berlepas pulang dari Madrid selepas mengaku bersalah terhadap kesalahan penipuan cukai sewaktu bersama Real Madrid dianggap tidak menghormati Sala apabila berselfie dalam pesawat peribadi miliknya.

Dia turut memuatnaik gambar tersebut di Twitter miliknya dengan emoji senyum, kapal terbang dan juga thumbs up.

Lineker segera memberi tindak balas dengan berkata:"Bukan waktu sesuai untuk tweet ini. Ia benar-benar tidak patut.

Seorang lagi pelayar Twitter turut berkata:"Tidak masuk akal dan sikap mementingkan diri di sini."

Namun apabila tindakan Lineker dikecam pengikut Ronaldo, bekas pemain England itu menjangkakan Ronaldo tidak menyedari kesilapan yang dilakukannya.

"Tidak sama sekali, dan saya yakin dia melakukannya tanya menyedari tragedi itu tetapi mungkin seseorang boleh memaklumkannya."

Ronaldo mungkin tidak menyedari nahas menimpa Sala kerana dia sibuk dengan perbicaraan di mahkamah berhubung kes penipuan cukai semasa bersama Real Madrid. - Foxsports

Artikel Sebelum

Artikel Lain