suria

Pemain Cardiff trauma naik pesawat selepas Sala hilang

Pemain dan penyokong bertafakur seketika sebagai tanda penghormatan kepada Sala yang masih hilang sehingga hari ini.

PEMAIN pertahanan Cardiff City Sol Bamba mendedahkan beberapa rakan pasukannya trauma menaki kapal terbang selepas pendatang baharu pasukan itu, Emiliano Sala hilang semasa dalam perjalanan ke Wales menggunakan sebuah pesawat ringan.

Nasib pemain berusia 28 tahun itu yang menaiki pesawat jenis Piper Malibu dari Nantes pada Isnin malam sehingga hari ini masih tidak lagi diketahui.

Sala terbang ke Wales selepas mengucapkan selamat tinggal kepada rakan pasukannya di Nantes sebelum pesawat itu hilang dari radar di Selat Inggeris.

Stadium Emirates diam seketika bagi memberi penghormatan kepada Sala sebelum pertembungan antara Arsenal menentang Cardiff yang menyaksikan pasukan tuan rumah menang 2-1.

"Ia sukar untuk menggambarkan bagaimana perasaan pemain.

"Ia situasi yang luar biasa, tragedi besar. Kami turut terjejas, pemain, bandar dan seluruh kelab.

"Kami berlepas menggunakan kapal terbang dan beberapa pemain fikir mereka tidak mahu berada di dalam kapal terbang lagi.

"Saya fikir beberapa pemain perlu melawan perasaan takut itu. Saya harap beberapa minggu akan datang kami akan lebih baik," katanya. - Goal.com

Emiliano Sala

Artikel Lain